Friday, December 21, 2012

kepala sesak

Bila dah sayang bukan mudah untuk dihapuskan dari fikiran..

Dulu aku tak pernah pun sesak kepala pk pasal seseorang..
Entah kenapa benda tu boleh berlaku kat aku..
Setiap hari..Setiap masa pk pasal dia..
Walaupun kita sakit hati dengan orang tu..
Kita still pk pasal orang tu..
Macam asdfghjkl je..

Betul2 buat aku stress..emosi aku dalam kepenatan..
sepanjang masa teringatkan dia..
boleh bayangkan tak..
dah putus pun pk pasal dia..malah sampai stress plak..
1st aku rasa macam ni..nasib tak kena time SPM..

But terkena kat paper LK aku..
Memang aku tak percaya..
Paper LK yang memang kedekut masa dan manja,perlu fokus kat dia 100% sepanjang 2 jan setengah..
tapi aku sempat pk dia masa tengah jawab..
punya aku kelam kabut jawab solan..dimana masa sangat dengki dengan aku..
aku sempat pk pasal orang lain..
aku tak patut buat macam tu kat paper sepenting itu.. (semua paper penting)

Sebab nilah kenapa orang tua tak kasi bercinta time sekolah..
menggangu pelajaran..gua cakap sama lu..
aku pun tak percaya..bercinta time sekolah menggangu pelajaran
but bila dah kena.. baru aku tahu..

cinta memang memeningkan..
boleh gila..

ingatlah..
memang tak bagus sebenarnya bercinta time belajar..
so pk2 kan lah..berani amek risiko..tanggung sendiri..

Janji dimungkiri...

MANUSIA adalah makhluk yang SANGAT SUKA BERJANJI..
TETAPI..MEREKA SERING LUPA AKAN JANJI ITU..
 Aku adalah seorang yang suka mengharap dan
akan ingat janji orang dengan aku or janji aku dengar orang..
OLEH DEMIKIAN,aku SANGAT TIDAK SUKA ORANG BERJANJI DENGAN AKU..
manusia selalu lupa dengan janji yang dorang buat..
dan itu sangat menyakitkan hati bila kita still berharap terhadap janji tu..
sedangkan orang yang berjanji tu dah lupa dengan janji sendiri..

kenapa perlu berjanji kan..
kalo sendiri pun memang tak pasti dengan masa hadapan..
apa yang dirancang tak semestinya akan berjalan dengan lancar
orang berjanji macam yakin 100% takkan ada apa-apa yang menghalang
dorang untuk menunaikan janji dorang..
sedangkan bermacam benda boleh berlaku yang boleh memyebabkan
janji itu tidak dapat ditunaikan..

Aku hidup dengan janji-janji palsu..
tapi aku still akan mengharap bahawa sesuatu janji tu akan tertunai..
macam orang bodoh plak..

Tapi paling aku benci
JANJI MELAYU..
Kata jumpa pukul 9..pukul 10 baru nampak muka..
Aku memang pantang gila dengan orang macam tu..
Aku ni jenis yang tepati masa (bukan nak bangga lah)
kalau pukul 9..maknanya pukul 9 aku dah terpacak..
dan aku akan terus terpacak macam tugu negara hidup..
dan masa tu akan membebel sorang2 sampai habis..

Manusia2 ni sangat kejam tau..
Dorang dah mengajar aku untuk turut join janji melayu ni
Sejak akhir2 ni aku mula perasan aku dah mula pandai lambat..
sungguh tak boleh blah...
aku akan lindungi diri aku dari sifat yang celaka itu..
Jangan buat lagi ye Cik Fatiha..

Maka kalian manusia diluar sana..
jangan lah berjanji..
Berdosa tau kalo tak tunaikan janji..
masuk api neraka baru tau..






Thursday, December 13, 2012

The only one

 
Biasanya..bila bercouple2 ni..
Mesti de macam2 memory item kan..
Bila dah clash boleh disimpan sebagai kenangan..

But bagi aku..
aku cuma ada ni je..
Satu2nya benda yang aku de
between us..No other..

so aku kena lah simpan elok2 kan..
sebab ni je aku de..
kalau orang lain..mesti de mug o t-shirt o anything yang lagi special kan..
tapi bagi aku..ni pun dah cukup..
Sebab kita orang memang tak pernah buat something special..
so memang xde lah memory item yang special..


Nothing special when together..and end with it..
Tulah..kadang2 aku pk..kitaorang ni memang couple ke..??
macam tak je..heheh..

Tak pernah keluar date..
Tak pernah bergayut..
Bila jumpa kat sekolah pun tak bertegur..
Tak de tukar2 hadiah..
macam couple2 lain..
dan sebab itu kut..tak tahan lama..

emm...
salah aku..semua salah aku..
dari mula sampai akhir...
apa saje yang buruk dalam hubungan kitaorang..

Aku harap dia jumpa orang yang lebih baik dari aku..
Dia seorang yang sangat baik..dan aku harap aku akan jumpa lelaki yang baik macam dia lagi..

The End

Emmmm...~
Tak tahu apa yang aku pk..
Cinta monyet terakhir aku untuk zaman persekolahan aku dah pun berakhir..
Macam biasalah..Cinta monyet takkan kemana..

Rasa kosong je..
Huuuuu~
Hampir lima bulan bersama..
Dia adalah yang istimewa antara yang lain..
Tapi itu tak membawa apa2 makna kalau memang bukan jodoh..

Aku dah banyak berubah bila dengan dia..
Dulu aku adalah orang yang memang tak banyak bercakap.
Dan dia pun species  yang sama dengan aku..
Aku terpaksa pk topik berbualan..dan ianya sentiasa perlu...
Aku bukan lah jenis yang akan pk topik nak cakap..
Aku akan bercakap bila de topik yang datang tiba2 je..
Dan dia berjaya buat aku berubah..aku pun terkejut
bila aku banyak bercakap bila dengan dia..
Tapi dia still tak banyak cakap..aku je yang ye ye o cakap pasal diri sendiri.syok sendiri..

Dia juga buat aku jadi perigi cari timba..
aku yang kena start tegur dia..aku yang kena pergi kat dia..
Serious..tu bukan aku..macam perempuan gedik yang mengedik kat lelaki..
bertapa teruknya aku time tu..tak ada rasa malu..
pe yang dia ada sampai mampu buat aku macam tu..

Dia buat aku lupa pada prinsip aku sendiri..
~untuk tak mudah percaya pada orang..
~untuk tak bercinta dengan sesiapa lagi sampai aku habis sekolah
~jangan sesekali jadi perigi cari timba...
~jangan menangis kerana lelaki
tapi..semua prinsip tu dia pecahkan macam tu je..
bertapa jahatnya dia buat aku macam tu..memecahkan prinsip aku..

dia betul2 buat aku jadi lain..
Dan sekarang..semua tu dah balik macam biasa..
The old of me..is back..
Because there no more him..






Sakit mata memandang Sakit lagi Hati memikul

Memang adalah normal kita semua ada kawan.
Kawan sangat penting dalam kehidupan seseorang..
Kalau takde kawan memang sah2 lah boring hidup..

BFF = BEST FRIEND FOREVER..
Entah lah..Tak tahu kenapa aku dah tak percaya dengan istilah tu..
Makin aku berlajar kenal DUNIA..
Makin hilang kepercayaan dalam diri aku..
Susah nak percaya kat orang..Sentiasa pk negatif..

Perasan tak..kebanyakkan 'BestFriend' kita or kawan2 kita sentiasa
Aku sendiri nampak..macam mana kawan2 aku bertukar2 'BestFriend
Tahun ni dia rapat dengan orang tu..Tahun depannya dengan orang lain pulak..
So macam mana boleh ada 'BestFriend FOREVER'
Aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri..

Aku pun ada BFF dulu (kononya)
Sentiasa bersama..berkongsi rahsi..tolong menolong..
But for the next year..
Semuanya berubah..aku dah macam tak wujud..dia dah ada 'BFF' yang baru..
tak adalah perkongsian rahsia...lagi teruk..dia pulak yang berahsia dengan kita.
Depan2 kita cakap macam2 perkara yang aku tak tahu dengan kawan2 lain..
Bila aku tanya..kata rahsia..
Kalau dah rahsia..Kenapa cakap depan aku..
Saja buat aku macam orang bodoh dengar cerita2 dorang yang aku langsung tak tahu jalan cerita..
Bila outing or any other activity..langsung tak ajak aku..
Macam aku ni orang asing..

Tu belum lagi kes kawan makan kawan..
Hari ni kawan esok musuh..
Macam tu BFF ke..??

Kawan memang beribu..
Tapi kawan baik belum tentu ada walau satu..



I'm Pass ^^

Semalam aku amek test undang2 (kpp) untuk lesen L..
Dan Alhamdulila aku LULUS dengan JAYANYA..
Tapi jangan ditanya berapa markahnya ye.
Tidak berapa nak dibanggakan pun..
Tapi still lulus..

Sekarang nak masuk kelas amali pulak..
Tak sabar pula nak belajar tu semua..
Aku memanglah tak pandai pape pasal kereta..
SO sangat2...emmmm...
tak terkatalah...
Dengan pasang enjin kereta pun aku tak reti..
Mungkin mengambil masa untuk aku bergelar PEMANDU BERLESEN..
TETAPI...takkan sesekali aku give up..
Tak kira berapa kali aku kena amik ujian..
Aku takkan GIVE UP..

Lepas ni aku nak belajar isi minyak..
Kena ambil tahu pasal kereta..
Yelah..kalau rosak kan susah..kereta wira mama dalah selalu rosak..
Kalau tak..kenalah tinggalkan je kereta bila rosak..naik bas..hahah...

Ya ALLAH..kau permudahkan lah segala urusan ku...
AMIN..
Semoga aku berjaya... ^^


Kawan Izam

Assalammualaikum Semua...!!!
Hehheheh...
Happy sikit hari ni..

Hari ni berlaku suatu perkara yang agak kelakar bagi aku..
Macam biasa hari ni berniaga kat kota kemuning..
Izam (adik aku) ada sekor kucing yang dia selalu main kejar2 petang2..
Kucing tu de iras2 dengan kecik (kucing aku)
Sampai2 je..Isteri Cik Nazri cakap kawan izam mati kena langgar (kucing adik aku tu)
Aku tengok Izam macam sedih sikit..siap cakap kat aku yang dia dah bawa laser tuk main dengan kucing tu (yang masih belum diberi lama)
Tau2 da mati..

After a few hours..
Aku nampak ada sekor kucing ni sebijik dengan kucing adik aku tu..
Kucing tu datang kat gerai abah..macam biasa lah..
So aku tanyalah kat adik aku..tu kucing yang mana..
Then tiba2 kecoh..
Sebab Kucing adik aku hidup lagi sebenarnya..
Yang mati tu kucing yang warna dia sama dengan kucing adik aku.
Alah kucing yang penah aku cakap yang dia makan anak kucing Baby two...
Kucing tu memang liar..

Memang tak boleh belah je..
Mati2 ingat dah mati..
Abah kata kena buat doa selamat sebab kucing tu hidup lagi..
Kena belanja kepala ikan..hahahah..
Panjang umur kucing tu..

Abah penah kata sebelum ni..
Yang kucing tu akan tunggu Izam tiap hari sebab nak main dengan Izam..
Izam kata tu dikira SENAMAN KURUSKAN BADAN
hahaha..yela main kejar2 kan..keluar peluh...

Tiba2 teringat kat kucing aku dulu.nama dia comel..
Sebenarnya dia tak comel..Badan dia ada kurap dan de banyak parut..
Kesian sangat dengan comel..so aku panggillah dia comel..
Bagi makan nak main dengan dia..
Tiap hari comel datang tepat bila nak buka gerai..
But satu hari tu comel datang lambat..time nak kemas balik baru comel sampai..
But boleh dikira tak sampai..sebab time comel nak melintas dia kena langgar..
Betul2 depan gerai abah..dan aku nampak macam mana kepala comel hampir putus..
Comel terseksa sangat..Aku memang dah nangis dah time tu..

Untunglah kucing adik aku hidup lagi..tak buruk pulak tu
Tapi dah memang normallah kucing mati kena langgar..
Memang tak boleh elak..

 


Tuesday, December 11, 2012

BABY LOVE

Bo peep Bo peep Bo peep ahh~~
hahahhah..Ni atara bait lirik lagu T-ARA Bo peep..
(almaklum lah pminat kpop)

Bukan nak cakap pasal kpop ye sekarang ni..
Topic kita hari ni ialah KUCING
Semalam macam biasa aku tolong abah berniaga
De la apek2 ni datang bagi anak kucing 2 ekor baru lahir (mata tak buka lagi)
De ke patut bagi kat kitaorang..
Kitaorang mana boleh bagi susu pun.
Ingat tak nak bawa balik..ye la kalau bawa balik pun
Belum tentu dia hidup lama sebab anak kucing tu perlukan mak..

But terpaksa bawa balik juga sebab
Baby two(nama anak kucing tu) kena makan dengan kucing jantan kat sana
Kucing jantan tu amek baby two dari kotak terus bawa lari..
Tak dapat nak kejar..
Orang tua2 kata bapak kucing suka makan anak kucing..
sebab risau..abah bawa balik jugak..

Bila bawak balik..
Baby one(anak kucing yang satu lagi) minum air je..
tak minum susu..cuba bagi susu tapi memang bukan untuk kusing susu tu..
So jawapannya..
kita orang tangkap Mickel (kucing hitam yang kitaorang bg makan)
Pegang Mickel and bagi baby one minum susu..
Memang kesian gak kat Mickel kena paksa..so kitaorng lepaskan Mickel..

Yang menakjubkan nya..
Mickel yang mulanya nak lari..tak jadi lari..dia patah balik
sebab dengar baby one menangis (meow2 tak henti)
Mickel ulang alik 2-3 kali..nak lari atau jaga baby one.
Last2..Mickel patah balik..Jilat baby one and bagi baby one minum susu..
Memang terkejut GILA lah..
Lepas baby one minum susus.Mickel bawa baby one gi tempat dia..
Jaga macam anak sendiri..
Ya Allah..Alhamdulilla sangat baby one dapat susu
Harap sangat dapat tengok baby one membesar macam anak2 Mickel yang lain

Itulah kuasa ALLAH..
Siapa sangka..walaupun bukan anak sendiri..Mickel sanggup bela..
Tapi MANUSIA..
Anak sendiri dibuang dan dibunuh..
Nampak tak bertapa TAK BERPERIKEMANUSIAANNYA MANUSIA ITU..
Haiwan pun sanggup bela anak haiwan lain..
Kalau manusia pun tak boleh buat macam tu..
Maknanya manusia lebih teruk daripada BINATANG lah kan.. ^^
Renung2kan dan selamat beramal
 
 

Bekas Banduan SPM 2012


Wawawawa~
MERDEKA!!!!
Like semua tahu..SPM 2012 sudah berakhir pada 06/12/2012 yang lalu..
Bersamaan dengan kertas terakhir aku iaitu Lukisan Kejuruteraan..
NAMUN DEMIKIAN,
Ianya bukanlah satu PEMBEBASAN bagi aku kerana terpaksa bekerja dengan abah..
Kalau bukan anak dia yang tolong siapa lagi..Nasib ada gaji + alaun (top-up & majalah)
Walaupun gaji tak sebesar mana tapi cukuplah untuk aku bayar yuran sekolah memandu RM850
Ramai juga yang bekerja selepas SPM..perkara biasalah kan..
Ada juga yang tak.family tak benarkan..
Da kaya kan..nak apa2 minta je..
Lagi lah yang jenis cun2..kena lah duduk rumah je..
Orang macam aku yang datang dari family yang tak berapa ni..
Dah bekerja sejak umur 5tahun..tolong abah jual nangka..hehheheh (betul ni)
Sampai besar aku tolong abah berniaga..berlajar cari duit..
Kadang2 memanglah macam 'lalalala~' kan..hahhah
But aku bersyukur sebab mama abah tak terlalu manjakan aku..
DAN aku boleh berlajar banyak benda..DAN tahu bertapa susahnya nak mencari rezeki

Ha..!!
Esoknya selepas last paper aku daftar masuk sekolah memandu 
Kemudian pergi kursus KPP..Rabunya pulak masa untuk amik test..
Maksudnya esok la..!!!
Sangat gabra..Harap sangat boleh lulus..
Tak sabar sangat nak pegang lesen kereta ni..
Dah lama berangan nak bawa kereta sampai termimpi2 lah..
Dah siap berazam nak dapatkan lesen kereta sebelum masuk U..

Banyak benda yang berfaedah boleh kita buat selepas SPM
Terpulang kat kita je macam mana nak manfaatkannya..
So kita ENJOY...!!!  ^^

Thursday, October 4, 2012

Peperiksaan

Peperiksaan percubaan SPM baru je habis..
dan skang tengah sebuk gan ujian gerak gempur
(yg telah ditukar namanya kpd 'Jejak Gemilang')
Sangat lah pelik bila keadaan selepas trial macam baru je habis spm
enjoy habis..x datang sekolah pulak tu..
Bukan ke sepatutnya skang ni semua sebuk gan study..
dan peliknya aku pun terikut-ikut gan situasi itu.
apa nak jadi lah..
lagi parah bila cikgu pun makin jarang masuk ke kelas..

Memang lah bagus bersaing secara sihat dalam pelajaran
tapi tak tahu kenapa aku tak suka persaingan itu melibatkan aku
kalau nak bersaing kan lagi baik pilih pesaing yg sememangnya 'handal'
nak lawan result gan aku cam tak de faedah je sebab sah-sah dorang
boleh saingi aku yang tak berapa nak 'handal' dalam berperang markah ujian
apa guna gembira bila dapat kalah kan mereka yang kita tahu kurang bijak
daripada kita..kan lebih baik gembira sebab dapat saingi mereka yang sememangnya
bijak.barulah boleh buktikan diri kita ni juga bijak.

Kadang-kadang aku tak faham bila de yang berlumba-lumba lawan
untuk mendapatkan nombor satu kedudukan dalam kelas..
ADAKAH ITU PENTING..??
"Kalu dapat nombor satu tapi markah cukup-cukup makan
boleh dibanggakan ke..??" (ayat abah yang pernah buat aku rasa nak terjun bangunan)
Abah pernah kata kedudukan dalam kelas tu tak penting..
yang penting berapa banyak ilmu yang kita ada dalam otak dan berapa
banyak ilmu tu kita gunakan dalam hidup..
tak guna jadi pelajar cemerlang tapi akhirnya tak kemana
sebab belajar semata-mata untuk peperiksaan..

Ustazah pun pena kata yang ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat..
belajarlah dengan ikhlas kerana Allah..
bukannya belajar kerana nak lulus peperiksaan sahaja..
barulah ilmu tu berguna..

Itu buat aku sedar..buat apa belajar sebab nak bersaing gan kawan..
nampak sangat ilmu tu untuk peperiksaan saje..
lepas peperiksaan..ilmu hilang..

so moral story disini..
Belajar tu kasi ikhlas lah..  ^^


Sunday, May 27, 2012

Hottest Time of the Day



Hottest Time of the Day is the debut single by South Korean boy band, 2PM. The single was released in physical and digital format on August 29, 2008, A-side from single is "10 Jeom Manjeome 10 Jeom".[1]


Tracklisting

No. Title Length
1. "10 Out of 10" (10점 만점에 10점 "Ship Jeom Manjeome Ship Jeom") 3:27
2. "Only You"   3:48
3. "Angel"   3:54
4. "10 Out of 10" (10점 만점에 10점 "Ship Jeom Manjeome Ship Jeom" (Old School Version)) 3:27
5. "10 Out of 10" (10점 만점에 10점 "Ship Jeom Manjeome Ship Jeom" (Instrumental)) 3:27
6. "Only You" (Instrumental) 3:48
Total length:
21:55

Released August 29, 2008
Format CD single, digital download
Recorded 2008
Genre R&B, hip hop, pop
Length 21:55
Label JYP Entertainment
Producer J.Y. Park "The Asiansoul"



2PM
10 Points Out Of 10 Points

Lyrics and Music = 10 Points out Of 10 Points 

2PM
Only You lyrics

Lyrics and Music = Only you 

2PM
Angels lyrics

Lyric and Music = Angel 

2PM Sama Tapi Lain #2

Walaupun lagu-lagu ni memang lain dari segi muzik dan maksud lirik..
But ada satu persamaan antara nya


Only You


10 points out of 10 points


Angel


I Hate You


As soon As


Without you

I'll be back


Dance2night 

 What Time Is It Now


Boleh cari tak persamaannya..??

Jawapannya ialah perkataan 
 

"LISTEN"


4 de 1st time

Ni ADALAH 1st time kami(skema =.=" ) hang out bersama-sama..
TELAH M'gunakan cuti PERLEPASAN PMR utk ENJOY..sdang an FINAL EXAM "b'dkatan selekoh" (around the corner..tah btul tah BI aq ni..belasah jek..)..
berikut merupakan butiran-butiran hang out kami..saksikanlah..


Pendatang kena tangkap at bilik karok




Muka budak SACC
Pengganti Mr McD (yg keringtang tu)


Pencari cinta sang kura-kura



COMEL-COMEL x kwn aq? Hahah..nak ngorat bagi taw..