Thursday, October 4, 2012

Peperiksaan

Peperiksaan percubaan SPM baru je habis..
dan skang tengah sebuk gan ujian gerak gempur
(yg telah ditukar namanya kpd 'Jejak Gemilang')
Sangat lah pelik bila keadaan selepas trial macam baru je habis spm
enjoy habis..x datang sekolah pulak tu..
Bukan ke sepatutnya skang ni semua sebuk gan study..
dan peliknya aku pun terikut-ikut gan situasi itu.
apa nak jadi lah..
lagi parah bila cikgu pun makin jarang masuk ke kelas..

Memang lah bagus bersaing secara sihat dalam pelajaran
tapi tak tahu kenapa aku tak suka persaingan itu melibatkan aku
kalau nak bersaing kan lagi baik pilih pesaing yg sememangnya 'handal'
nak lawan result gan aku cam tak de faedah je sebab sah-sah dorang
boleh saingi aku yang tak berapa nak 'handal' dalam berperang markah ujian
apa guna gembira bila dapat kalah kan mereka yang kita tahu kurang bijak
daripada kita..kan lebih baik gembira sebab dapat saingi mereka yang sememangnya
bijak.barulah boleh buktikan diri kita ni juga bijak.

Kadang-kadang aku tak faham bila de yang berlumba-lumba lawan
untuk mendapatkan nombor satu kedudukan dalam kelas..
ADAKAH ITU PENTING..??
"Kalu dapat nombor satu tapi markah cukup-cukup makan
boleh dibanggakan ke..??" (ayat abah yang pernah buat aku rasa nak terjun bangunan)
Abah pernah kata kedudukan dalam kelas tu tak penting..
yang penting berapa banyak ilmu yang kita ada dalam otak dan berapa
banyak ilmu tu kita gunakan dalam hidup..
tak guna jadi pelajar cemerlang tapi akhirnya tak kemana
sebab belajar semata-mata untuk peperiksaan..

Ustazah pun pena kata yang ilmu untuk kehidupan dunia dan akhirat..
belajarlah dengan ikhlas kerana Allah..
bukannya belajar kerana nak lulus peperiksaan sahaja..
barulah ilmu tu berguna..

Itu buat aku sedar..buat apa belajar sebab nak bersaing gan kawan..
nampak sangat ilmu tu untuk peperiksaan saje..
lepas peperiksaan..ilmu hilang..

so moral story disini..
Belajar tu kasi ikhlas lah..  ^^