Sunday, September 22, 2013

pilih dengan tepat

Berdasar kan apa yang aku dah post sebelum ni
alah pasal aku sambung belajar tu..

ni nak kongsi sikit lah kan..
bila nak pohon upu tu..
korang tak yah lah konon korang bagus
tak nak amek course sakai-sakai..
kalau korang agak dapat 6 A ke 7A ke or ke atas lah kan
baru lah korang boleh demand nak cerewet ke hapa ke
time pilih course

bukan nak mengutuk ke hapa..
ni cakap pasal aku..yang konon dapat 4 A
tapi pi mintak Architecture (seni bina ye)
tapi satu tu je konon bajet..
lagi 6 pilihan aku mintak lah hospitality lah kulinari lah
blah blah.blah... (course orang anggap 'biasa' tu)
tolak politeknik konvensional dan metro..
nak premier aje *bajet betul aku ni*
last-last tak dapat hah!!!
PADAN LAH MUKA SAYA -.-



apa yang nak cakap kat sini..
memang lah kena mintak apa yang kita minat
tapi yang diminati tu harus lah padan dengan result kita
hagak-hagak result tak seberapa tu.. pastu nak masuk ipta
course nak gempak-gempak pulak
memang lupkan je lah sebelum jadi macam saya ye^.^

tapi boleh je kalau dah minat sangat,yang amat pulak tu..
tapi result tak berapa..jawabnya ipts lah..
gerenti dapat course apa yang nak..
yang penting 'fulus' 'money' wang' 'duit' hahah


sekian sahaja nasihat yang tak berapa nak berguna
dari saya yang tak seberapa ni.. ^.^ terima kasih

selepas spm


Assalammualaikummmmmmmmm ~~~~~
lama tak update blog ku yang tak bape nak cun ni..
busy dngan kerjaya yang tak berapa nak berjaya juga lahh..

ok merujuk perkara diatas..
post kali ini berkaitan 'selepas spm'
kisah macam mana aku selepas spm..
 cuma satu je wa boleh gambarkan


hahhhhhh !!!!!
bapak lifeless lah aku..
kerja kerja kerja kerja kerja...
dah macam zombi je aku ni..
nak cuti pun tak boleh wa cakap sama lu
seksa tak seksa..
orang lain enjoy enjoy weekend aku duk KERJA!!
whhat life !!!! lah

selepas dapat result
biasalah my friends pun pi lah mohon macam-macam
matrik lah politeknik lah u tu u ini..
berduyun-duyun pi sambung belajar
TAK MACAM AKU NI HAH..
apalah nasib tiada rezeki untuk upu 1st intake
dapat form 6 gan ipts..

form 6... STPM ..!!!
memang aku dah tolak awal
bukan pandang rendah ke apa..
tapi mang aku tak sanggup nak pakai baju sekolah lagi
dah tu kena naik turun bas rapid kl bagai.. (sekolah jauh kot)
dan yang penting "STPM" tu..
perhhh.. susah kot.. lulus spm tu pun aku dah syukur gila
and one more..aku kena stay with family..
whattt !!! mang tak lah..
aku nak duk jauh skit dari family..
nak belajar BERDIKARI (ceh poyo wa ni)
ye lah tak best kot sampai umur 20 duk jugak bawah ketiak mak ayah

ipts..
aku memang tak akan terima lah
yuran dia hapak MAHALLL !!!
mau berpuluh ribu tuk 3 tahu je
baik aku masuk ipta.. tak lah menyusahkan diri
nak bayar balik pinjaman...

matrik..
aku memang tak pernah mohon..
entah lah..tak minat pulak aku..
walhal cikgu Azi suruh aku masuk matrik
time amek result spm..
aku bukan budak pandai nak belajar laju-laju
memadatkan segala benda sumbat menyumbat maklumat
untuk setahun tu..
bila result tak bagus aku nak sambung amek apa..
dah la sijil tu tak laku nak mintak kerja

so at the end
kena lah aku tunggu 2nd intake politeknik dan uitm
memang GILERRR lah... aku kena kerja SETAHUN...
ulang suara SETAHUN!!! ye..dengan susah nak cuti
baru lah aku dapat sambung belajar..
*wa masuk bulan 11 ni insyah allah*

ME Siti Nor Fatiha anak kepada En Muhd Zawai
dengan ini bakal menjadi student
Diploma Ukur Bahan di Politeknik Azlan Shah..
Insyah Allah jika untuk rezeki aku dan dipanjangkan umur

nak tunggu result uitm 2nd intake
tak keluar keluar lagi..
dah macam apa tah aku tunggu  ~.~
so amek je lah poli tu senang kerja aku ..

Wednesday, March 13, 2013

Kem PRS 2012 di Sg Rembai Melaka























Percayalah..ini adalah kem terakhir aku di alam persekolahan.. T.T
sedih gler wey..aku dah habis sekolah..
Banyak kenangan manis kau dan aku ~ (aceh xD)
Pepun,jujur cakap.kem ni lah kem paling aku suka beb.
Gila punya suka antara banyak-2 kem yang aku dah pegi..
(aku memang gila kem)

mana tak best..
kiteorang tak perlu kejar masa nak mandia semua.
tak ada cikgu or fc yang sebuk bising jerit
"kamu ada 10 minit untuk mandi" kamu ada 10 minit untuk makan"
"kamu ada blablablabla"
kem ni kami tiada limit masa untuk apa jau aktiviti..
cuma perlu ikut jadual yang cikgu bagi je..
memang relek je kat sini..macam pergi holiday gua cakap lah..

aktiviti pun best..berjalan je kerja.
cuma ada satu sesi ceramah je..tu pun best sebab de nyanyi2.
malam kitaorang g jalan naik sampan kat bandar..
pastu makan,lepak2..baru balik homestay.
pas balik,boleh lepak lagi.
de yang main basikal (malam2 main basikal)
borak gan fc kat sana..
menyanyi..gosip semua..
yang paling best,tak de cikgu pun time tu.
aku boleh lagi lepak gan kawan sampai tak tido satu malam tu..
masuk bilik pun pukul 5 lebih (pagi tau)

esoknya g jalan2 lagi kat bandar melaka tu sebelum balik..
Memang terbaik lah gua cakap..
kem terakhir yang takkan aku lupakan kot..
tak dapat dah lagi macam ni lepas ni..
aku akan rindu waktu2 ni gan kawan2 ^^


Biadabnye pemandu Malaysia

Tajuk je pun dah bikin panas
Tapi terimalah hakikat bahawa kebanyakan pemandu di Malaysia
sungguh biadab dan tidak berhemah dijalan raya..
Bayangkan 67% kemalangan disebabkan oleh sikap pemandu tu sendiri.

Bukan nak berlagak yang aku baru dapat lesen..
Tapi benda ni memang aku tak puas hati sejak dulu lagi..
Percayalah setiap hari bila aku naik kereta mesti akan 
jumpa pemandu yang memandu dengan tidak berhemah..

Nak aku explain kat sini pun susah..
Time aku buat QTI (Quality Test Institute) sebelum test jpj sebenar..
(kena lulus QTI dulu baru boleh amek JPJ test,cikgu aku cakaplah)
Kereta aku bawa sikit je lagi nak berlanggar..
Nasib lulus..sebab bukan salah aku.
Sepanjang buat QTI tu tah berapa kali tester tu bunyikan hon
sebab banyak sangat pemandu yang 'emmm'
Time kat kelas pun,aku terpaksa berhadapan dengan pemandu2 yang biadab ni..
Memang sakit hati aku dengan dorang ni tau..

Kadang-kadang tu aku terfikir gak..
pelah yang pelancong fikir bila nampak cara orang malaysia memandu.

Pernah sekali tu.
de pemandu ni,yang sah-sah lah salah dia..
main masuk je lorong,padahal dia kena berhenti dulu n bagi signal..
tapi dia tak,so berlanggar lah dengan kereta family aku time tu..
yang tak boleh blah tu..
dia maki-maki kitaorang..suruh bayar ganti rugi semua..
abah cakap lah setel kat balai..(tak jauh pun balainya time tu)
abah tak takut sebab memang salah orang tu..
dia suruh abah jalan dulu,dia follor belakang..
sampai kat balai je,kiteorang masuk,
dia tak masuk,terus bawa kereta laju blah..
tau takut..
hanya disebabkan kereta dia mahal
dia boleh lah buat sesuka hati..

Ni baru sikit je kes.
Yang lain tu..tak tahu lah..
Aku harap orang malaysia dapat ubah perangai..
Kata nak maju..tapi perangai pun macam tak bertamadun..
macam mana nak maju..
Aku dah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadii
pemandu yang berhemah..yelah taknak lah jadi manusia
tidak bertamadun kan..

Pemandu yang sah rezeki dari Allah s.w.t

Dengan ini saya SITI NOR FATIHA BINTI MUHAMAD ZAWAI
telah bergelar PEMANDU BERLESEN D YANG DAH DI MALAYSIA


Alhamdullilah..Syukur sesangat..
Sebab telah berjaya memeliki lesen kereta yang dah lama
aku impikan.

Jujur cakap..itu adalah pengalaman baru bagi aku.
Setiap pengalaman mematang kan kita..
Banyak benda yang aku belajar sepanjang perjalanan untuk
memiliki sebuah lesen kenderaan..

Aku belajar untuk sabar..
Aku belajar untuk bersyukur.
Aku belajar untuk positif..
Aku belajar untuk berusaha..

Banyak tak aku belajar..
Kegagalan aku untuk lulus ujian jpj pertama saja dah buat
aku belajar banyak benda..

Aku gagal bahagian II (parking)
kat parking yang terakhir..kerana terlanggar line kuning bila nak keluar.
Itu semua sebab aku over confident..
yelah..dah berjaya sampai ke parking yang terakhir kan..
berlagak lah sikit..
last-last gagal..padahal aku boleh buat..
 Itulah.Kalau Allah nak tunjuk kat kita..bila-bila je..
Memang kecewa gila aku time tu..
Mang nangis lah aku.sampai nak balik terus 
(padahal kena buat bahagian III jalan raya)
 pengajaran kat sini..jangan sesekali riak dan lupa pada Allah s.w.t
ingat lah..setiap kejayaan yang dimiliki datang dari Allah s.w.t

Masa bahagian III
Aku lulus dengan senang je..
Aku hanya buat separuh je dari jalan sebenar jpj tu..
Sebab aku bawa slow sangat..
Mula-mula ingat dah fail dah..
Tapi Alhamdullilah..lulus..
Walaupun aku gagal bahagian II..tapi aku lulus bahagian III dengan senang je
padahal bahagian III tu susah (bahi aku lah)
tapi itulah rezeki aku..Allah s.w.t nak bagi kat aku..

Bila aku buat ujian jpj kali kedua..
Aku sentiasa ingat Allah..dan redha je kalau gagal lagi..
Sebab aku percaya..Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.
Aku hanya perlu buat terbaik dan banyak berdoa..

Ye lah.Ada yang kena buat sampai 3,4 kali kat bahagian yang sama je..
Kawan aku de yang sampai menangis sebab gagal 2 kali .
Jadi aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat..
Dan aku anggap kegagalan aku sebelum tu adalah ujian dari Nya
untuk aku supaya sentiasa ingat pada dia



Monday, February 4, 2013

Senyum tak perlu kata apa-apa.. ^^


Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

 Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Apa yang diatas tadi tu adalah serba sedikit info tentang senyuman.
Post ni bukan lah tentang kebaikansenyuman..
Tapi tentang pengalaman dan pendapat aku tentang senyuman 


Bagi aku benda yang paling manis tapi tak mendatangkan kencing manis adalah
"SENYUMAN"
Aku tak tahu kenapa.Aku memang suka sangat tengok orang senyum.
Masa tolong abah berniaga,aku pernah lah jumpa beberapa
pelanggan yang asyik senyum dari mula-mula datang sampai balik.
masa tengah bercakap (order) pun still senyum..
Aku memang suka betul jumpa orang yang macam ni..
Dorang nampak sangat cantik dan kacak tau.

Ni nak habaq sat..
Aku pernah 
my heart beat faster..fast..faster (agu 2pm ni wey)
hahahahah
pada bulan puasa de lah sorang hamba ALLAH
yang KACAK LAGI HANDSOME... (melebih plak)
datang gerai ayah aku beli kuih..
Dia senyum kat aku..pehhh..punya lah manis
senyuman dia..memang cair lagi terpaku aku waktu tu..
hahahahah..over sudah..
Aku kenal mamat tu.Tinggal satu kuasa perumahan ke..
Berjiran plak gan kawan aku.Mamat ni pernah gak 
kacau aku.saje gurau gan aku petang2..(ceh hehehe)
Dia ni dak sekolah agama..Jarang dapat jumpa dia..
Aku cer ni bukan lah sebab jatuh cinta gan dia..
Cuma saje nak memuji ciptaan ALLAH ..
Saje nak share bahawa senyuman mampu mencairkan hati gadis

Dan kerana senyuman juga lah
aku mula terjatuh hati kat sorang mamat ni..
kita orang dah kenal sebelumnya tu..
tapi de lah sekali tu aku nampak senyuman dia..dan buat
aku mula tertarik kat dia..aku selalu usha dia..
lama-lama aku jatuh hati kat dia..
aku pun pelik juga macam mana aku boleh suka kat mamat tu
dan tercouple plak gan dia..
itu lah kuasa senyuman..
(bahaya kot)
skang dah jadi ex pun..ok stop talking about him..
let's move on

Dan..Dan..Dan...
Aku pernah termimpi Junho (2PM) senyum kat aku tau
kau ada.
Senyuman tu sangat-sangat-sangat-sangat lah manis..
Sampai aku boleh ingat macam mana rupa senyuman tu walaupun dah terjaga..
sebenarnya aku pernah tengok senyuman tu kat satu video iklan 2PM..
Bila aku terjaga.aku terus cari video tu kat lappy aku..
bayangkan kat lappy aku ada berpuluh-puluh video 2PM.
dan aku terpaksa buka satu-satu video tu semua sebab nak cari senyuman Junho tu
Aku ambil masa berminggu juga lah baru jumpa (sebab sebuk sikit time tu LOL)
Ini lah dia..senyuman yang buat aku termimpi-mimpi hahaha
 gambar ni tak berapa cantik..
TETAPI masih manis kan senyuman tu..
Kalau nak tahu betapa manisnya senyuman ni..
kenalah cari sendiri video tu.(agak malas lah nak cari n post kat sini hehe)
# MV coca cola 2PM

 Ha...
Senyum memang banyak manfaatnya tau..
Kalau nak ngorat orang..
tak yah guna minyak dagu ke..susuk ke..
cukup senyum dengan ikhlas..
pasti cair orang yang tengok..
tapi jangan lupa gosok gigi..
n kalau tak de gigi tu jangan lupa plak pakai gigi palsu plak ye..



Monday, January 7, 2013

The Romantic (part 2)


Now..kita dah kat part 2..
akan ku teruskan perjuangan ku (eh ceh ceh.. ><)
cam part 1..komen aku tak habis..maka akan aku sambung semula ya..
jom start dengan my Jun.k oppa ye hehehe

Jun.k and Hyejeong

 DADADADA...!!!
Ha...at the final..inilah 'kapel' nye yang sebenar..
dorang nampak sweet..tapi aku rasa macam tak sangat..(entah kenapa)
tapi aku lagi suka Jun.K dengan Hyejeong dari dia dengan Jei..
Hyejeong pun comel sebenarnya..suka tengok dia senyum..manis je..
bila aku tengok Jun.k tak henti cakap pasal 'kuning' tu..
hahah..oppa kita ni.. (><)
memang suka kat Hyejeong ni..aku suka bila dia dah lupakan Jei..
Thanks alot kat Hyejeong..
cuma aku rasa yang Hyejeong tak lah suka Jun.k macam Jun.k suka kat Hyejeong
(maybe lah..aku rasa je)
kesimpulannya.. half-half hahaha (=.=")

Seungah and JB

 Final 'kapel'
dorang still together..
Hah..!! dorang memang comel 1st ep..
tapi sedih gila final ep dorang..
JB..You r bad boy..!!!
Jagalah Seungah baik-baik.. kesian dia tau..

Hemm..aku suka 'kapel' ni mula-mula..
tapi..final..memang tak.. T.T


 Hyungsik and Jihyun
Same as before..mereka,mereka dan mereka berdua..
asyik bersama..
ha~~ bosan lah dorang ni..
dorang buat banyak benda sweet sama-sama..
tapi aku still rasa boring..
(tapi dorang memang cute lah ^^)
Tak minatlah mereka berdua ni 

 Mir and Jei
 Siapa sangka..
at the first 
Mir with Hyejeong
Jun.K with Jei..
tiba-tiba dorang bertukar partner 

Tapi..HEY..!!
aku SUKA..!!!!!!  ><
Mir and Jei..aku mang suka lah kapel ni...
Aku memang terkejut tengok sikap Mir bila gan Jei..
TOTALLY DIFFERENT..!!!
Mir sangat sweet..dan 'PEMALU' (siapa sangka)
Mir nampak cute sangat dengan Jei..

Mei annoying gan girl lain..sebab dia memang tak minat gan dorang..
dan anggap dorang macam adik beradik je..
Dia cuma jadi sangat sweet dengan orang yang dia betul-betul suka je..
Nampak tak tu.. 'KESETIAAN'
hah..aku memang suka laki macam tu..
Hope dapat suami macam Mir..
Hanya aku je dia layan macam princess..
Istimewa buat isteri je..kan best tu..
tak yah cemburu dah tau..
Dulu aku tak suka MIr..sekarang dah suka dah..(lelaki idaman ><)

I LOVE THIS COUPLE tau ^^

Bila di rank kan 'kapel2' ni..

No 1 ~~> Mir and Jei huh~~~ ^^
No 2 ~~> Jun.k and Hyejeong ;-)
No 3 ~~> JB and Seungah =/
No 4 ~~> Hyungsik and Jihyun =(

Ha..nampanya..ni je lah yang aku nak komen 
UNTUK SEASON 1 lah kan..

Nanti de SEASON 2 plak..
aku nak TENGOK ..!!!
nantikan part 3 plak ye
komen2 seterusnya akan menyusul 
bwahahahahaha...!!!! (ketawa jahat)

(next couple)
  




The Romantic (part 1)

 Merujuk kepada rajah di atas (ceh skemanya)
Post kali ni pasal "The romantic and idol" (season 1 tau)
Cer ni kuar tahun lepas (2012) hujung tahun 
(time aku gah sebuk gan paper LK spm aku,sempat lagi tu)

Mula-mula aku tahu pun sebab budak2 fb sebuk cakap pasal ni tu pun sebab de Jun.k,2pm
kat fb aku memang penuh pasal kpop lagi2 pasal 2pm..
heheheh..yang tak boleh belah tu..
time spm leh usha fb,layan kpop..truk tul anak dara ni

ok2 berbalik ke topik asal
Show ni de
Jun.k (2PM) , Mir (MBLAQ) , JB (JJ PROJECT) , Hyungsik (ZE:A)
Hyejeong (AOA) , Jei (FIESTAR) , Seungah (RAINBOW) , Jihyun (4MINUTE)


First tu memang lah aku layan sebab de Jun.k (boyfriends aku tu)
but bila dah start tengok,lama2 nak terus tengok.. (tanda best lah tu)
Aku suka gak baca komen2 viewer show ni kat youtube..
komen dorang memang de yang ikut sesedap rasa hati je..
tapi memang best lah baca..de yang aku setuju gan dorang..
de yang aku tak setuju (yelah dah kata tepuk dada tanya selera mestilah lain)

Ok dah mula aku memalut..
aku buat post ni sebab nak share je pendapat dan komen2 aku..
yelah syok baca orang punya..sendiri punya pun de gak kan..
maknanya aku akan melalut lagi dan lagi lepas ni..
AMARAN hentikan pembacaan kalau tak sanggup...
hehehe(de ke orang baca blog aku ni..sengal je diri ini)

OK..let start with 1st ep..
dimana mereka diatas tadi ditemukan dan di 'kapel-kapel' kan

Jun.k with Jei
 Mula-mula aku suka gak lah..Sebab Jei ni comel..and my BF (ceh ^^) pun cam suka je..
but aku mula tak suka Jei gan Jun.k bila dia pilih 'change' tapi dia tipu kat Jun.k aku (ceh lagi)
yang dia pilih 'stay'
perlu ke tipu..geram plak aku tau..
dia memang tak minat gan Jun.k pun dari mula..(aku rasalah)

kemudian bila Jei di 'kapel' kan dengan JB..
dia macam berbelah bagi..nak pilih siapa malam tu..
aku sakit hati tengok Jun.k asyik kecewa dan cemburu gan minah ni..
Time tu mang minta sangat dia pilih perempuan lain..
Bila tambah tolak darab bahagi..aku tak suka dorang di 'kapel' kan

Seungah and JB
Sebenarnya aku agak minat lah gan JB ni lepas tengok dia dalam 
Dream High Season 2...muka macam Jun.k dalam tu..
So aku agak mengila bila tahu dia pun de...
Bila JB dapat gan awek Rainbow ni..
aku memang suka lah..sebab aku agak minat gak gan group Rainbow..
'kapel' ni memang cute gler bagi aku bila dorang mula2 jumpa..
hampir2 nak jadi 'kapel' fev aku kot..

TETAPI...
kerana sikpa JB (yang baru aku tahu)
telah merosakkan segalanya...!!!!
JB patut lebih positif.dia minat kat girl yang lain dan layan Seungah gan teruk..
(aku sangat kecewa dengan JB ok T.T)
kesian gler gan Seungah...dahlah still setia gan JB..
tak dapat plak date gan laki lain (kecuali gan Mir)
Bila tengok kapel ni (dengan sikap JB dlm ep kemudian2nya)
aku rasa kesian sangat..dorang tak dapat rasa 'ROMANTIC' tu.
JB patut lupakan je girl lain..dan buat terbaik untuk Seungah..
mesti dorang da dapat buat macam benda romantik sama2 dah tau..
dan jadi 'kapel' KEGEMARAN aku..
tapi malangnya aku..... TAK SUKA LAH


Hyejeong and Mir
Aku agak suka style rambut Mir dalam show ni..
(mengingatkan aku kat Nickhun seh..seres kot ><)
Time ni (dalam gambar tu) aku memang suka lah..
dorang nampak sweet je...smile non stop kot..

but siapa sangka..aku baru tahu sikap Mir ni..
dia SANGAT TERUK you.. (tak suka aku gan Mir ni)
hahah..boleh dia cakap tanpa henti (tapi aku suka laki banyak cakap)
cakap pulak pasal diri sendiri..pasal keburukan perempuan (lagi lah =.=")
aku tak paham kenapa dia asyik cakap benda negatif pasal perempuan (tak paham aku)
aku kesian kat Hyejeong time ni..nampak stress dengar si Mir ni merapu..
Lagi tak bleh blah time dia jumpa Jihyun..
tak habis cakap 'fate' sengal tul mamat ni..
dah de awek..cakap sal awek lain..aku ketuk baru tahu..sensitif lah sikit
memang aku tak suka betul laki macam tu..yang tak sensitif
kesimpulannya...tak best lah dorang ni..

Hyungsik and Jihyun
Ha...!!!
Dorang ni memang sama hensem...sama comel...
suka aku...time dorang jumpa kat cinema..
peh..bapak sweet..suka gler aku..
(teringin plak nak jumpa bakal suami macam tu ><)

tapi..kemudian..kemudiannya tu..
aku rasa dorang ni bosan lah..entah lah kenapa...bosan..
Eh..jap..
aku geram sikit gan mamat ni..
Dia kan laki..kena lah berani..
dia suka kat Jihyun..tapi tak berani nak pertahankan..
diam je bila Mir tak henti cakap dan cuba rapat gan Jihyun..
geram seh..hey boy..get your girl lah..ayo..
(sebenarnya aku kesian gan dia time tu.. ><)
 Dorang ni agak bosan so aku tak minat..hehehe

Ok..ok..relek semua..
komen aku tak habis lagi..
ni baru sikit...belum total lagi..
Jom ke part 2 plak...