Wednesday, March 13, 2013

Pemandu yang sah rezeki dari Allah s.w.t

Dengan ini saya SITI NOR FATIHA BINTI MUHAMAD ZAWAI
telah bergelar PEMANDU BERLESEN D YANG DAH DI MALAYSIA


Alhamdullilah..Syukur sesangat..
Sebab telah berjaya memeliki lesen kereta yang dah lama
aku impikan.

Jujur cakap..itu adalah pengalaman baru bagi aku.
Setiap pengalaman mematang kan kita..
Banyak benda yang aku belajar sepanjang perjalanan untuk
memiliki sebuah lesen kenderaan..

Aku belajar untuk sabar..
Aku belajar untuk bersyukur.
Aku belajar untuk positif..
Aku belajar untuk berusaha..

Banyak tak aku belajar..
Kegagalan aku untuk lulus ujian jpj pertama saja dah buat
aku belajar banyak benda..

Aku gagal bahagian II (parking)
kat parking yang terakhir..kerana terlanggar line kuning bila nak keluar.
Itu semua sebab aku over confident..
yelah..dah berjaya sampai ke parking yang terakhir kan..
berlagak lah sikit..
last-last gagal..padahal aku boleh buat..
 Itulah.Kalau Allah nak tunjuk kat kita..bila-bila je..
Memang kecewa gila aku time tu..
Mang nangis lah aku.sampai nak balik terus 
(padahal kena buat bahagian III jalan raya)
 pengajaran kat sini..jangan sesekali riak dan lupa pada Allah s.w.t
ingat lah..setiap kejayaan yang dimiliki datang dari Allah s.w.t

Masa bahagian III
Aku lulus dengan senang je..
Aku hanya buat separuh je dari jalan sebenar jpj tu..
Sebab aku bawa slow sangat..
Mula-mula ingat dah fail dah..
Tapi Alhamdullilah..lulus..
Walaupun aku gagal bahagian II..tapi aku lulus bahagian III dengan senang je
padahal bahagian III tu susah (bahi aku lah)
tapi itulah rezeki aku..Allah s.w.t nak bagi kat aku..

Bila aku buat ujian jpj kali kedua..
Aku sentiasa ingat Allah..dan redha je kalau gagal lagi..
Sebab aku percaya..Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.
Aku hanya perlu buat terbaik dan banyak berdoa..

Ye lah.Ada yang kena buat sampai 3,4 kali kat bahagian yang sama je..
Kawan aku de yang sampai menangis sebab gagal 2 kali .
Jadi aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat..
Dan aku anggap kegagalan aku sebelum tu adalah ujian dari Nya
untuk aku supaya sentiasa ingat pada dia



No comments:

Post a Comment