Tajuk je pun dah bikin panas
Tapi terimalah hakikat bahawa kebanyakan pemandu di Malaysia
sungguh biadab dan tidak berhemah dijalan raya..
Bayangkan 67% kemalangan disebabkan oleh sikap pemandu tu sendiri.
Bukan nak berlagak yang aku baru dapat lesen..
Tapi benda ni memang aku tak puas hati sejak dulu lagi..
Percayalah setiap hari bila aku naik kereta mesti akan
jumpa pemandu yang memandu dengan tidak berhemah..
Nak aku explain kat sini pun susah..
Time aku buat QTI (Quality Test Institute) sebelum test jpj sebenar..
(kena lulus QTI dulu baru boleh amek JPJ test,cikgu aku cakaplah)
Kereta aku bawa sikit je lagi nak berlanggar..
Nasib lulus..sebab bukan salah aku.
Sepanjang buat QTI tu tah berapa kali tester tu bunyikan hon
sebab banyak sangat pemandu yang 'emmm'
Time kat kelas pun,aku terpaksa berhadapan dengan pemandu2 yang biadab ni..
Memang sakit hati aku dengan dorang ni tau..
Kadang-kadang tu aku terfikir gak..
pelah yang pelancong fikir bila nampak cara orang malaysia memandu.
Pernah sekali tu.
de pemandu ni,yang sah-sah lah salah dia..
main masuk je lorong,padahal dia kena berhenti dulu n bagi signal..
tapi dia tak,so berlanggar lah dengan kereta family aku time tu..
yang tak boleh blah tu..
dia maki-maki kitaorang..suruh bayar ganti rugi semua..
abah cakap lah setel kat balai..(tak jauh pun balainya time tu)
abah tak takut sebab memang salah orang tu..
dia suruh abah jalan dulu,dia follor belakang..
sampai kat balai je,kiteorang masuk,
dia tak masuk,terus bawa kereta laju blah..
tau takut..
hanya disebabkan kereta dia mahal
dia boleh lah buat sesuka hati..
Ni baru sikit je kes.
Yang lain tu..tak tahu lah..
Aku harap orang malaysia dapat ubah perangai..
Kata nak maju..tapi perangai pun macam tak bertamadun..
macam mana nak maju..
Aku dah berjanji dengan diri sendiri untuk menjadii
pemandu yang berhemah..yelah taknak lah jadi manusia
tidak bertamadun kan..


No comments:
Post a Comment